Blogroll

Jumat, 02 Maret 2012

KENAPA MAJORITI CiNA GAGAL BERBAHASA MELAYU DGN BAIK??



Kuala Lumpur, Malaysia
Bangsa Cina Malaysia Kurang Nasionalisme?

Pihak Kerajaan Persekutuan sedang menjalankan bancian di seluruh negara. Maka mulalah para petugas Kerajaan di arahkan ke seluruh pelusuk negara untuk membanci penduduk negara kita. Di kaca televisyen dan dicorong radio pula turut dimuatkan slot kempen membanci penduduk dan menyeru agar seluruh rakyat warganegara Malaysia memberikan kerja sama ke arah usaha kerajaan ini. Namun, apa yang mengejutkan, kita pasti terbaca mengenai dua respon yang berbeza dari dua pihak yang berbeza. Satu dari Datuk Wan Ramlah selaku Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia dan satu pihak lagi ialah akhbar-akhbar berbahasa Cina.

Posted in the Malaysia Forum http://www.topix.com/forum/world/malaysia/T4V0VK7CQO3QQKU98

Menurut Datuk Wan Ramlah, rakyat berbangsa Cina adalah yang paling banyak yang tidak memberikan kerjasama kepada petugas-petugas atau wakil-wakil kerajaan yang melakukan tugas bancian di seluruh negara. Dan alasan yang paling utama atau yang terbanyak diberikan oleh mereka ialah “wa ta tau cakap Melayu ooo..” atau memberikan isyarat bahawa mereka tidak tahu berbahasa Melayu. Bila petugas bancian cuba berbicara menggunakan bahasa Inggeris, lagilah mereka tak tahu. Sebetulnya, mereka hanya tahu “berbahasa Cina”. Itu belum lagi dikira dengan sikap mereka yang melepaskan anjing dengan tujuan menghalau petugas-petugas Kerajaan berkenaan. Berpeluh jugalah mereka lari dari “najis mughallazah” tersebut!

Berikutan itu, akhbar-akhbar berbahasa Cina pula seakan-akan membalas kenyataan Wan Ramlah itu dengan menyatakan bahawa masyarakat Cina sebenarnya enggan memberikan kerjasama kepada petugas-petugas Kerajaan kerana selama ini mereka menganggap pengurusan dan petugas Kerajaan adalah lembap, tidak suka membantu dan malas. Oleh kerana itulah mereka tidak mahu memberikan kerjasama kepada kempen membanci oleh Kerajaan ini. Di salahkan pula kepada Kerajaan dan petugas-petugasnya.

Pertamanya, saya tidak melihat isu sebegini diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk dipolitikkan. Ini bukan perkara politik. Ini adalah isu nasionalisma atau kebangsaan. Ini adalah isu kenegaraan. Di sinilah kita menilai mengenai isu tanggungjawab dan semangat kewarganegaraan seseorang atau setiap bangsa yang menghuni negara Malaysia ini. Ini ialah semangat 1Malaysia.

Puteraja

Dari insiden “banci penduduk” ini, kita dapati bahawa kebanyakkan rakyat berbangsa Cina di Malaysia gagal berbahasa Melayu. Sedangkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa yang wajib dipelajari seawal diperingkat sekolah lagi. Dari peringkat darjah satu hinggalah ke tingkatan lima atau enam, Bahasa Melayu diwajibkan “lulus” sebagai tiket untuk mendapatkan SPM. Setiap hari, bahasa pertuturan rasmi di dalam Malaysia adalah Bahasa Melayu, manakala Bahasa Inggeris pula adalah merupakan bahasa kedua terpenting di Malaysia.
Namun apa yang mengecewakan ialah sikap yang ditunjukkan oleh mereka yang berstatus “wargenegara Malaysia”, lahir di Malaysia, dan membesar di Malaysia, mereka masih gagal untuk bertutur di dalam Bahasa Kebangsaan tersebut. Sudahlah begitu, mereka juga tidak tahu berbahasa Inggeris? Apakah ini “semangat nasionalsima” yang ditunjukkan oleh bangsa Cina di Malaysia? Kenapa bangsa ini tidak mengambil contoh beberapa tokoh berbangsa mereka seperti Professor Khoo Kay Kim atau beberapa pemimpin MCA yang fasih berbahasa kebangsaan? Tidakkah mereka menghormati bahasa rasmi negara ini? Apakah ini kualiti “kewarganegaraan” yang dimiliki oleh bangsa Cina di seluruh negara di zaman ini? Tidak semua, namun bancian Kerajaan menunjukkan sedemikian. Saya terfikir, apakah masyarakat Cina yang tidak mampu berbahasa Melayu itu sebenarnya “warganegara Malaysia” atau hanya sekadar “masyarakat Cina” yang di”import lari luar” dan mengabui mata Kerajaan Malaysia. Apakah patutnya mereka diminta menunjukkan kad pengenalan mereka?
Saya pasti, tidak semua masyarakat Malaysia yang mampu membaca apa penulisan saya ini. Walaupun dberikan salinan artikel ini kepada mereka, tidak pasti sama ada mereka mampu mengeja setiap perkataan yang saya nukilkan. Namun, saya minta mereka belajar, atau jika tidak, persoalkan kembali ke”warganegaraan” yang mereka miliki.
Berkenaan dengan “alasan” yang diketengahkan oleh akhbar-akhbar Cina. Memang benar. Memang benar bahawa segelintir dari petugas dan pengurusan Kerajaan adalah lembap, kurang membantu dan malas. Saya setuju dengan hal ini. Saya secara peribadi menyeru dan meminta kepada golongan ini agar melakukan “transfromasi” dan perubahan drastik demi memastikan kemajuan negara. Tidak silap saya, hampir setiap minggu Menteri, Timbalan Menteri, KSU, Ketua Jabatan dan sebagainya melakukan “briefing” kepada penjawat awam. Penjawat awam ini diberikan semangat pada setiap minggu. Boleh dikatakan bahawa setiap tahun pihak Kerajaan memberikan kenaikan gaji dan pangkat kepada penjawat awam. Itu belum lagi dikira dengan bonus dan penyelarasan gaji yang diberikan sebagai insentif untuk memotivasikan penjawat awam. Jadi, mengapa penjawat awam tidak boleh berubah kepada lebih efisien dan mengalahkan penjawat swasta?
Puteraja

Kuala Lumpur, Malaysia
           
Saya ingin bertanya. Jika benar petugas atau penjawat awam Kerajaan adalah “lembap, kurang membantu dan malas”, kenapakah masyarakat Cina ini enggan untuk menjawat diri sebagai penjawat awam Kerajaan. Jika “petugas Kerajaan yang ada sekarang ini” tidak bagus pada pandangan mata masyarakat Cina di Malaysia, mengapa tidak menyertai mereka dan mengubah budaya tersebut dari dalam? Sekurang-kurangnya, petugas Kerajaan berbangsa Cina boleh berkomunisaki dengan masyarakat Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu. Selesai satu masalah, bukan? Tapi, berapa sangat masyarakat Cina yang mahu menyertai penjawat awam? Boleh kira dengan jari.
Namun apa sekali pun, sikap “lembap, kurang membantu dan malas” dari petugas Kerajaan ini bukanlah satu “tiket besar” bagi rakyat Malaysia untuk tidak memberikan kerjasama selayaknya kepada petugas Kerajaan. Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia yang memiliki status “warganegara”, individu itu mestilah memberikan kerjasama yang terbaik kepada kempen Kerajaan ini. Apatah lagi pihak Kerajaan sedang cuba untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Kerajaan. Salahkah jika kita memberikan kerjasama? Sekurang-kurangnya kita melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia dan tidak pula menyalahi undang-undang. Sikap “suka syak wasangka buruk” kepada pihak Kerajaan itu patut dibuang dari setiap lapisan individu di Malaysia. Setahu saya, pihak Kerajaan sudah banyak berubah kepada lebih berbanding perkhidmatannya pada tahun 60an dan 70an. Terutamanya kini Malaysia dibawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, percapaian petugas dan penjawat awam disetiap Kemeterian Kerajaan amat dititik beratkan beliau. Jika tidak, takkanlah beliau akan meletakkan syarat dan KPI tertentu pada setiap Kementerian negara kita.
Pada saya, setiap individu harus melakukan tanggungjawabnya sama ada sebagai rakyat warganegara Malaysia, mahupun sebagai petugas atau penjawat awam Kerajaan. Akhbar-akhbar berbahasa Cina pula tidak sepatutnya berfikiran negatif dan seakan-akan beraksi sebagai “nasi tambah” untuk memburukkan keadaan. Takut nanti “nasi menjadi bubur” pula. Sepatutnya, akhbar-akhbar berbahasa Cina ini turut memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran dan semangat nasionalisma yang tinggi di kalangan bangsa Cina di Malaysia. Dari itu, saya secara peribadi ingin menyeru agar masyarakat Cina untuk mengubas persepsi buruk yang cuba disemaikan pihak tertentu untuk merosakkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia ini dan mengutamakan semangat nasionalisma yang tinggi sebagai tindak balas terhadap perkara negatif diminda masing-masing.

Undang-Undang Kebahasaan Indonesia
Era globalisasi...

Dua kata inilah yang membuat orang lupa akan bahasanya sendiri akibatnya bahasa Indonesia menjadi tidak bernyawa. Masyarakat bahkan para Petinggi Negara bila mendengar dua kata ini menjadi berubah bahasanya menjadi sekian derajat. Dulunya bahasa yang mereka gunakan tidak separah-parah amat, sehubungan dengan adanya era globalisasi bahasanya menjadi luntur karena bahasa asing yang datang ke Indonesia. Kita lihat contoh seperti yang dilakukan oleh Presiden kita Susilo Bambang Yudhoyono.
Ketika Anda baca di koran, sekilas melihat tulisan open house. Banyak sekali kata itu di media cetak ketika hari Raya Iedul Fitri tiba. Open house yang dilaksanakan di Istana negara untuk bertatap muka secara langsung dengan masyarakat Indonesia. Beliau sendiri pernah mendapatkan penghargaan sebagai pengguna bahasa yang baik dan benar (Kompas, Jumat, 28/10). Ternyata era globalisasi yang sederhana itu mempunyai makna yang sangat berarti dan sangat luas sehingga bisa menjadi penyalahgunaan bahasa.
Adanya era globalisasi bukan menjadi hambatan untuk mencintai bahasanya sendiri sebab bahasa Indonesia sudah menjadi bagian dari hidup kita seperti bahasa Indonesia merupakan alat pemersatu bangsa atau bahasa Nasional, bahasa Indonesia merupakan jati diri kita atau ciri khas sebagai bangsa Indonesia. Itulah sebabnya ada pepatah yang mengatakan Bahasa Menunjukkan Bangsa.
Filipina, Jepang, dan Perancis merupakan negara yang mencintai bahasanya sendiri. Sangat berbeda jauh sekali dengan negara Indonesia, walaupun adanya era globalisasi mereka tidak terpengaruh karena mereka mempunyai kredibilitas yang sangat tinggi.
Kita ambil contoh seperti di negara Perancis.
Awal April 2003, di Hotel Flat de Douai, Paris. Hotel yang harga inapnya setingkat dengan Santika di Yogyakarta. Alif Dansya Munsyi bertanya dalam bahasa Inggris yang belepotan kepada resepsionisnya. Resepsionis tersebut merupakan orang Perancis asli. Ia benar-benar “tidak mau” menjawab pertanyaan beliau dengan bahasa Inggris. Ia berkata dengan amat percaya diri memakai bahasa Perancis (Bahasa Menunjukkan Bangsa).
Tidak dapat dipungkiri lagi bahwa Perancis merupakan negara yang sangat istimewa. Lihatlah nama hotel yang ditempati beliau. Itulah buktinya bahwa mereka mencintai bahasanya. Seandainya negara Indonesia seperti negara Perancis yang mencintai bahasanya, maka masyarakat Indonesia tidak lagi sok nginggris.
Seperti yang sudah dijelaskan di atas, bahwa era globalisasi bukan menjadi hambatan untuk mencintai bahasanya sendiri. Ternyata di bahasa oleh ahli-ahli bahasa yang terkenal dalam seminar di Jakarta yang membahas. Mencari jalan keluar dari kondisi Departemen Pendikan Nasional tengah menyusun Rancangan Undang-Undang Kebahasaan. Rancangan itu berfungsi untuk melindungi Undang-Undang penggunaan bahasa Indonesia, terutama dalam situasi formal.
Sedangkan, untuk penggunaan bahasa sehari-hari di dalam masyarakat tidak diatur. Bahasa gaul, prokem, slang, dan sebagainya tidak terlalu dipermasalahkan sepanjang tidak dipakai dalam situasi formal. Penggunaan variasi bahasa-bahasa tersebut selalu ada di dalam masyarakat yang berkembang. Penggunaan bahasa itu baru dirisaukan jika digunakan oleh media atau dalam situasi formal.
Rancangan Undang-Undang tersebut mempunyai cakupan yang terkait dalam aspek kenegaraan seperti pembuatan nota kesepakatan, dokumen resmi negara, surat resmi, pidato kenegaraan, pengantar pendidikan, pertemuan formal, nama lembaga pemerintah / swasta, geografi karya ilmiah, nota kesepahaman dalam dan luar negeri.
Cakupan lainnya meliputi nama bangunan, kawasan permukiman, informasi petunjuk produk, iklan juga akan diatur menggunakan bahasa Indonesia. Terkecuali yang merupakan lisensi dari luar. Demikian juga dengan papan petunjuk, slogan, petunjuk lalu lintas.
Rancangan perundangan itu juga akan mengatur penguasaan bahasa Indonesia bagi orang asing dan pengantar seleksi tenaga kerja (Kompas, 22/8)

Bahasa Indonesia itu penting diatur oleh Undang-Undang dikarenakan ada beberapa hal yang harus diperhatikan:
1. Bila bahasa Indonesia tidak diatur oleh Undang-Undang, masyarakat akan seenaknya menggunakan bahasa yang mereka anggap itu gaul
2. Penggunaan bahasa Indonesia yang baku harus digunakan pada situasi formal
Menurut saya, sanksi-sanksi yang harus diberlakukan oleh Undang-Undang yaitu ada dua jenis di antaranya:
1. Sanksi ringan
• Tidak boleh berbicara selama satu hari
• Membayar denda sekitar Rp 20.0000.000,00
2. Sanksi berat
Hukuman penjara selama 3,5 tahun
Mengatur penggunaan bahasa merupakan hal yang sangat sulit dikarenakan beberapa faktor yaitu, yang pertama dialek daerah masing-masing yang sangat melekat tiap individu dan yang sekarang tengah berkembang di Indonesia adalah penggunaan bahasa gaul. Sulitnya melepaskan cara berbahasa ini diikuti dengan jumlah penduduk Indonesia yang sangat besar maka akan sangat sulit bagi pemerintah untuk mengimplementasikan Undang-Undang Kebahasaan ini dalam masyarakat.
Maka menurut saya sebaiknya tujuan pemerintah untuk mengatur penggunaan bahasa ini dimulai dari hal-hal yang sederhana, misalnya memulai penggunaan bahasa Indonesia yang baku dalam lingkungan pendidikan dimulai dari tingkat pendidikan yang rendah. Saya maksudkan di sini, kita melihat bahwa dalam lingkungan kampus mahasiswa yang menggunakan bahasa Indonesia yang baku sangat jarang bahkan tidak ada, oleh sebab itu Undang-Undang Kebahasaan ini sebaiknya mulai diimplementasikan dalam lingkungan pendidikan.
Perlu ditekankan pada pemerintah bila ingin membuat Undang-Undang Kebahasaan yaitu Pemerintah sendiri pun harus mengubah bahasanya bila ingin membentuk Rancangan Undang-Undang Kebahasaan. Jangan sampai pemerintah malah menghancurkan bahasa Indonesia.
Pemerintah pun harus konsekuen terhadap Undang-Undang ini. Bagaimana tidak, apa yang dilakukan oleh pemerintah selama ini tidak berjalan lancar. Undang-Undang Kebahasaan yang di rancang dari bulan Agustus ternyata belum kelar-kelar. Eh... pemerintah malah membuat Undang-Undang baru yaitu Undang-Undang Guru. Memang sih tidak masuk akal dimasukkan di sini.
Menurut saya yang penting didahulukan yaitu Undang-Undang Kebahasaan jadi saya mengnginkan pemerintah bahwa pemerintah harus selalu mengerjakan pekerjaan yang belum selesai terpecahkan sebab bila ditunda-tunda lagi penggunaan bahasa Indonenglish akan semakin marak atau akan semakin banyak yang sering menggunakannya.

Mahasiswa Fikom Unpad 2005

Tidak ada komentar:

Posting Komentar